tawaran hebat,

kaspersky internet security 2011
1 user@ 1 year -RM 40
3 user@ 1 year -RM 65

kaspersky anti virus 2011

1 user@ 1 year -RM 30
3 user@ 1 year -RM 50

*customer lama dapat diskaun rm5
*hanya serial key diberikan,tiada cd
*bukan blacklist,jika ada,akan diganti(tertakluk pada terma dan syarat)

boleh email ke ibrahim_khairul@yahoo.com untuk keterangan atau tempahan.
nak senang, bg no phone dan saya akan hubungi anda(sms jer)
Category: 2 comments

Jikalau.....





Kalu monyet pon tau......

p/s:CRedit to gila-gila company
Category: 0 comments

Bas dan Nasi Lemak.....

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan"

p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe
Category: 0 comments

iklan jalan raya






hahahaha....safety first
Category: 0 comments

selamat puasa

kepada pe blog nie n seme yang puasa..selamat puasa...
Category: 0 comments

hari yang indah~

A Japanese man was in a hurry to go to the KLIA airport, so he took a Proton taxi. The taxi driver took his sweet time driving within the speed limit but the Japanese was getting impatient. The following is their conversation on the way to the airport. A Toyota Camry overtook t he taxi.....zoom....

Japanese: Look ..look ..Toyota!! ...very fast!!!.... made in Japan! Proton...no good.... made in Malaysia.

Driver: yah....

After a few minutes a Nissan overtook the taxi....zoom.

Japanese: look.... look.... Nissan!!!..... very good!! very fast! made in Japan! Proton.... no good.... made in Malaysia

Driver: yah....yah...

After a few minutes a Honda overtook the taxi...zooom. !

Japanese: look.... look... Honda!!.... very GOOD!!....very
fast!!....made in Japan! Proton...no good...made in Malaysia

Driver: yah...yah...yah....!

Arriving at the airport,the Jap is about to pay the taxi driver.

Japanese: How much?

Driver: RM150/-

Japanese: Oh... very expensive..... you overcharge ! !

Driver: Noooo!!! ... look .... look .... Sony meter!!....very good!!....very fast!.... Made in Japan!
Category: 0 comments




Serius aku tidak tau nak cakap apa......
Category: 0 comments

apa yang pelik?

Kalau Tipu Kena Lempang

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu.

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah… saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad. "Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…"

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
Category: 0 comments

upin n ipin warganegara indonesia....hehehehe





hehehe.....apa pandangan korang?upin n ipin versi indonesia?
Category: 0 comments

Dude...that disgusting..hahaha

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Seriusly...peace,no war...hahaha
Category: 0 comments

New Born

Hari nie hari isnin...tanggal 7 jun 2010,aku mula mempelajari mcm mana nak buat n guna blog...masih memikirkan apa yang aku akan isi dalam blog ini...macam nak sumbat benda ilmiah jer...hehehe...anyway...hope somebody akan support aku(ayat skema,x tahan dowh)...be yourself..hehehe...thanks n salam...roger n out.
Category: 0 comments